Bayi lelaki ditinggalkan hampir digigit beberapa anjing liar

Sembanglah isu-isu semasa dengan penuh ilmiah dan profesional

Bayi lelaki ditinggalkan hampir digigit beberapa anjing liar

Postby TMC10 » Wed Jul 21, 2010 9:54 am

KUCHING 20 Julai – Bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah kedai di Taman Beverly, Batu 13, Jalan Kuching-Serian dekat sini ditemui hampir digigit oleh anjing liar hari ini.

Bayi yang dipercayai baru dua hari dilahirkan itu telah diselamatkan oleh seorang suri rumah.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi ini, wanita yang berusia 60-an itu ternampak seorang bayi lelaki yang berbalut dengan sehelai kain ditinggalkan di atas lantai di belakang sebuah kedai dan sedang dikelilingi beberapa ekor anjing liar.

Wanita tersebut terus menghalau anjing yang cuba menghampiri bayi tersebut sebelum menyelamatkan bayi itu dan menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mun Kock Keong yang mengesahkan kejadian tersebut berkata, bayi tersebut telah menjalani pemeriksaan di Hospital Umum Sarawak dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. – Bernama
TMC10
Pengakap Muda
 
Posts: 17
Joined: Wed Mar 24, 2010 2:42 pm

Re: Bayi lelaki ditinggalkan hampir digigit beberapa anjing liar

Postby Presint-8 » Mon Aug 02, 2010 10:55 am

TMC10 wrote:KUCHING 20 Julai – Bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah kedai di Taman Beverly, Batu 13, Jalan Kuching-Serian dekat sini ditemui hampir digigit oleh anjing liar hari ini.

Bayi yang dipercayai baru dua hari dilahirkan itu telah diselamatkan oleh seorang suri rumah.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi ini, wanita yang berusia 60-an itu ternampak seorang bayi lelaki yang berbalut dengan sehelai kain ditinggalkan di atas lantai di belakang sebuah kedai dan sedang dikelilingi beberapa ekor anjing liar.

Wanita tersebut terus menghalau anjing yang cuba menghampiri bayi tersebut sebelum menyelamatkan bayi itu dan menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mun Kock Keong yang mengesahkan kejadian tersebut berkata, bayi tersebut telah menjalani pemeriksaan di Hospital Umum Sarawak dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. – Bernama


Bayi ni memang ditakdirkan oleh Allah panjang umurnya. Tak habis2 kes buang bayi. Malaysia....oh Malaysia
"Penipuan Tuala Wanita Herba kini Dibongkar" http://padherbawanita.wordpress.com

"Facebook bagi kaum Hawa" http://www.facebook.com/farahpadherbawanita
User avatar
Presint-8
Pengakap Muda
 
Posts: 21
Joined: Wed Jun 30, 2010 10:17 am
Location: Presint 8


Return to Kopitiam

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

cron